niffira.nia's: mimpi I

Thursday, January 29, 2009

mimpi I

angin dan laut
tiup aku dalam dakapnya
aku jadi butaaku jadi lupa akan segalanya
tawanya, tarinya, dan dendangnya
berdetak di diriku segenap bana
terasa diri dipayung kasih
aku tidak mahu lari
aku tidak mahu dia pergi
aku tidak mahu waktu itu hilang
entah bila aku dan dia bisa mencari waktu itu yang dulu
esok? entah mengapa.
waktu itu bagai magis
terindah di kalangannya
adakah dia sekadar mimpi?
impi indah.
kami tari rumput bumi
kami dendang irama malam
cahaya bulan menusuk dengan ribuan pertanyaan
yang takkan pernah aku dan dia temu jawapannya
adakah ini sekadar mimpi?
impi indah.
perlahan-lahan aku mengerlip
mengharap selautan balas akan kasih
andai dia tahuaku perlu akan dia
bukan cuma di sisi impi.


DK BM//250607//11.40 am

p/s : 04.08.07

0 comments:

Post a Comment