niffira.nia's: 2nd.

Saturday, June 20, 2009

2nd.



He's the only person on EARTH who knows the real me, inside out, and still loves me more than anything else.

Rase nak nangis. Tak malu betul mengaku. It's so unlike me to post this, just because it's D-Day, but what else can I do as a tribute to him?

Kalau ibu marahkan saya, dia yang pertahankan anak perempuannya ni. Dia tak suka membebel. Dia panggil saya duduk di meja makan, and he'll talk - boyfriend girlfriend stuff when I was fourteen, unbalanced personality when I was sixteen, and family crisis when I was eighteen, the moment he had to leave the family for a month, for Johore.

Dulu, pernah saya kemalangan. Jatuh Scooter, hadiah pemberian dia. Masa tu saya lima belas tahun, lesen tak ada, curi-curi keluar rumah. Padan muka. Ibu marah-marah, setengah jam dia bawa saya pusing-pusing naik kereta dalam keadaan darah mengalir keluar di serata badan. Hehe. Sampai wad kecemasan, Ayah angkat dari kereta. Dia tak cakap apa-apa, tak tanya apa-apa. Dia tahu saya sakit. Dia suruh saya tahan.

Dulu, kami sekeluarga pernah kehilangan. Nyawa anak kecil yang ditunggu kedatangan, dirembat dari kami sebelum sempat ia melihat dunia. Saya masih ingat getar bibirnya menceritakan apa yang terjadi kepada saya dan adik yang baru bangun tidur. Saya masih rasa hangat tubuhnya memeluk kami berdua. Dia minta maaf, dia tak mampu berbuat apa-apa. The first and the last time, I saw my dad as a broken man.

Terlalu banyak kalau mahu ditulis satu persatu. Tidak saya tahu sejauh mana kasih sayangnya. Dia pernah marah, dia pernah meninggi suara. Tapi semuanya dilakukan demi kebaikan saya. Esok, dia yang akan hantarkan saya ke Nilai. Lusa, saya akan menyambung semula pelajaran. Tidak saya tahu bila pertemuan saya dengannya lagi. Saya cuma mampu berdoa agar Allah panjangkan umurnya, agar dia berkesempatan melihat permatanya ini berjaya. Agar sempat dia merasa gembira, dan berpuas hati. Agar saya berkesempatan membalas semula kebaikannya, sepertimana yang telah diberikannya semenjak saya kecil lagi.

Ain sayang Ayah.

3 comments:

*adibalala; said...

terharu ain.
sometime, they could not express their feelings.
but, deep inside, everything is there.
i'd been through some hard moments too.
rasa macam lagi smngat slpas semua ujian tu.
insyaAllah, kita doakan kebahagiaan ibu bapa kita ye.
:)

Kimal's vision of language said...

this one's deep
=)
stay strong
keep smiling..

niffira.nia said...

thanks :)

Post a Comment