niffira.nia's: 9th

Sunday, June 14, 2009

9th

Achummm! tsks. tsks.

Puffy eyes, puffy nose. Weakened limbs.. ACHUMMM!

Hari ini Hari Sedih. Bukan Hari Ahad. Bangun pagi, dada rasa sesak. Nak menghela sejaring nafas, payahnya tak mahu dikenang. Pagi-pagi macam biasa. Makan popia, minum air teh panas. Lupa sakit sekilas, Kimia menunggu.

Tiba tengahari, ACHUMM dan ACHUMM lagi.

Geram rasa hati - kenapa perlu pada waktu ini?

Istighfar, Ain - satu unsur diriku dalam senyap-senyap memujuk, menjawab pertikaian yang seorang tadi. Sinki putih bersih jadi persinggahan, air laju membantu. Kelegaan, cuma satu itu yang aku pinta. Sendi mula rasa sengal. Mata pedih kukelip-kelip, badan hangat, namun diri terasa dingin. Teh hilang manisnya, nasi pula hilang rasa. Aku tahu apa yang tak kena.

Aku baring. Pening, MasyaAllah.

Kepada siapa tempat mengadu? Tiada siapa yang lebih layak kecuali-Mu.

Di waktu-waktu sebegini, baru terngiang-ngiang kata-kata ini;

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara -

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit
  • Hidup sebelum mati

Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian.

Kawan-kawan, jaga kesihatan.

Nikmat sihat, hargailah. Gunakan sebaiknya.

Kerna, pabila hilang, walaupun seketika, cukup untuk menginsafkan.

3 comments:

Shafinaz said...

hrmm.better g check up cpt!h1n1!!!

niffirania said...

:S tak, insyaAllah..

mufazai said...

yea2
kte kne sentiasa igt
buat semue keje sementara
hidup, sihat & sbg

Post a Comment