niffira.nia's: Ladies Nite 07/08

Thursday, January 29, 2009

Ladies Nite 07/08

Ini adalah pengumuman rasmi dari Biro Puteri Badan Wakil Pelajar 07/08 [Amrina Shakirah Ahmad Radzi, friendster: MreyNa, e-mail: philosophy1120@yahoo.com]

Tema: "Masquerade Nite"

Kod pemakaian:
1. Mesti memakai topeng atau 'mask'; 'full', 'half-faced' atau 'eye mask'.
2. Jenis pakaian bebas mengikut kegemaran masing-masing dan digalakkan bersesuaian dengan topeng yang dipakai.
3. Digalakkan untuk memakai pakaian yang cantik-cantik dan bersih.
4. Perhiasan dan solekan adalah dibenarkan dan amat digalakkan.
5. Pakaian yang menutup aurat sesama wanita:
- Paras pakaian yang dipakai mestilah bawah paras lutut, bermaksud, betul-betul di bawah paras lutut, bukannya pada paras lutut atau di atasnya.
- Pakaian tidak boleh terlalu ketat di bahagian punggung, paha dan lutut.
- Pakaian mestilah menutup aurat dari pusat hingga ke lutut.

Program:
1. Seluruh program adalah rahsia. Sebarang pakaian dan perhiasan yang dipakai oleh pelajar puteri mestilah dirahsiakan dari pengetahuan SELAIN pelajar puteri, terutamanya PELAJAR PUTERA, guru-guru lelaki dan semua keturunan Adam di bumi Allah ini. Segala aurat dan rupa tubuh sebarang pelajar puteri yang terlibat mestilah dirahsiakan termasuk rambut.
2. Berkenaan dengan alat perakam seperti kamera dan video kamera, akan diberitahu kemudian di maktab.

Malam ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama pelajar puteri MRSM Langkawi serta menghiburkan diri masing-masing. Bagaimanapun, ada batas-batas yang perlu dijaga dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kesempurnaan majlis dan memelihara kehormatan, maruah dan harga diri kita sebagai wanita.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Amrina di alamat e-mail yang disediakan di atas. Sekian, terima kasih. pis pis.

p/s : 19.11.07

0 comments:

Post a Comment