niffira.nia's: ma, ayah,

Tuesday, March 17, 2009

ma, ayah,

Aku tiba-tiba tergerak hati hendak membuat 'entry' dalam Bahasa Malaysia. Entah kenapa. Sudah hampir enam hari keputusan SPM diumumkan, dan hanya Allah sahaja yang mengerti gelodak jiwa hamba-Nya ini.

Ibu dan ayah sangat gembira. Meleret-leret senyum mereka kebelakangan ini. Apa sahaja keinginanku, semuanya dituruti walaupun kadangkala cuma gurauan semata-mata, tidak lebih daripada itu. Apa sahaja menu disebutku ketika bersenda tawa di ruang tamu untuk makan tengahari keesokan harinya, akan ku nikmati juga, terhidang panas di meja makan. Dibeli oleh mereka itu, ini untukku. Aku tidak meminta satu apa pun.

Sampai suatu masa, aku sebak. Ketika itu, aku berada di bilik persalinan di sebuah butik. Bukan niatku untuk berhenti seketika dan mencuri dengar.

STAFF :
Oh, ini la anak puan tu ye. Baju tu bukankah puan yang tempah minggu lepas, cuma saiznya yang berbeza?

MAMA :
Tidak mengapa, biarlah saya belikan untuk dia. Anak saya tak ramai. Dialah satu-satunya anak perempuan saya.


Tidak tertahan-tahan airmataku mengalir ketika itu. Aku menggenggam erat fabrik indah hadiahnya. Mataku terasa hangat sungguh, dengan penuh kepayahan aku diamkan esak tangisan. Benar, aku sedar. Akulah permata mama. Saat itu juga terbayang-bayang satu demi satu kesalahanku terhadapnya, Ya Allah, betapa banyak aku meresahkan hatinya selama 17 tahun kehidupanku. Apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan balasan 10A1 yang telah ku berikan kepadanya. Tidak mungkin dengan sejuta kejayaan pun aku mampu membalas segalanya.

Ma, Yah;
If only I have enough courage to tell you this, myself.
I am a handful to handle, I know,
but both of you had always been there for me, at every turn.
You are the two most incredible gifts Allah had given me.

I want to die being a good daughter to you.


Aku tahu, walaupun dengan bayangan maut yang pada bila-bila masa boleh menghentikan langkah, perjalananku masih terlalu jauh. Tidak bermakna aku berjaya kali ini, aku akan berjaya untuk kali yang seterusnya. Untung nasibku, destinasiku, tiada siapa yang tahu, melainkan Dia Yang Satu.

Pintaku cuma,
Moga suatu hari nanti aku mampu menjadi anak yang benar-benar baik buat kedua-dua orang tuaku. Mampu membahagiakan. Mampu menyenangkan.

0 comments:

Post a Comment