Friday, March 25, 2011
Pedih.
Hanya Tuhan yang mengerti sebenar-benar kepedihan di hati setiap insan milik-Nya. Pedih, perit jerih sebuah perjuangan yang tidak ada sudahnya. Semuanya kerana janji; janji akan sebuah riwayat kehidupan yang sememangnya penuh dengan erti jika benar-benar dihayati. Sebuah lagi medan peperangan bakal dirasmi, dengan pedang yang berkilau sinar matanya, kubu kukuh besi berani. Namun si pahlawan kecil masih teragak-agak langkahnya, masih mengira-ngira kudrat lawannya. Jauh di sudut hati getaran di sanubari tidak mampu disembunyi. Tersilap langkah mampu dimakan acah mata bilah. Ya Allah, Tuhan sekalian alam.
0 comments:
Post a Comment