Assalamualaikum.
Aku yakin manusia ada akarnya. Akar setiap manusia itu sama. Akar itu berfitrah; dan fitrahnya suci, putih, bersih. Akar itu tahu dia ciptaan, dan dia kenal Pencipta-nya.
Aku juga yakin, bahawa setiap manusia itu punya jalan hidupnya sendiri. Kelahiran bukan permulaan, kematian bukan juga penamat. Setiap detik hidupnya di Dunia punya makna yang tidak mungkin bisa ditafsir sebenar-benarnya dengan anak mata manusia biasa.
Perlukah tafsiran di penghujung setiap langkah? Tidak.
Aku yakin, ditafsir atau tidak… setiap perkara akan terungkai kebenarannya pabila tiba masa sesuai.
Setiap interaksi kemanusiaan. Setiap bait kata alim ulama’ guru rakan sahabat, pembawa potongan Hadis & Al-Quran yang mengetuk apa-apa pintu yang sanggup dibukakan. Setiap buku yang dibaca. Setiap pengembaraan di ceruk Dunia. Setiap mimpi yang membuai dan menghantui – sehingga meninggalkan bayang ketika jaga. Setiap kotoran yang diludah, atau dijilat semula. Setiap cebisan akar-akar fitrah yang masih diberi peluang menikmati suburnya tanah. Setiap persimpangan yang memerah pertimbangan, pilihan dan keputusan…
Segala macam ‘Setiap’ yang aku dan engkau mampu fikirkan.
Dalam lelap mahupun jaga, aku yakin bahawa manusia dibimbing langkahnya oleh ‘Setiap’ ini, dibentuk.
A personalized database; retrievable, mostly by our unconscious machineries than the conscious ones. An entirely different element is required to overrun the data, however. Hm? Tafsirlah kenyataan ini semahunya.
Oleh kerana itu aku yakin, manusia itu akan senantiasa berubah. Berubah… bukan diubah mahupun mengubah.
Selagi perjalanannya di Dunia belum mencapai titik akhir, selagi itulah ‘database’-nya akan sentiasa dikemaskini.
Lapangkan dada. Berikan ruang untuk Ilmu, Pengalaman, Mimpi, Suka dan Luka selayaknya.
Berikan ruang untuk akar fitrahmu bernafas.
2 comments:
tp jgn lupa, ada syaitan yg boleh mempengaruhi minda yg kadang2 mmbuatkan kita prlu menilai blik pe yg kte fikirkan...
menarik! :)
Post a Comment